Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap pelajar agar melakukan pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkas tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang pelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah:
1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
5. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh.
7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
9. Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
10. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.
Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;
1. Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
2. Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
3. Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
4. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
5. Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
6. Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
7. Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
8. Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
9. Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
10. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.
Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.
Terdapat berbagai-bagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;
- Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun)
- Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu )
- Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )
Very useful
ReplyDeleteReally?
DeleteYes
DeleteWow
Deletepov : talking to urself
Deletemohon share ye
ReplyDeleteThank you for the information
ReplyDelete