SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI :)

Shahbandarku sayang :)



VISI SEKOLAH

SMK Dato' Shahbandar Hussain,Raub menjadi antara 10 sekolah Harian Terbaik di Pahang menjelang 2015.

MISI SEKOLAH
Kami warga SMK Dato' Shahbandar Hussain berazam untuk:
-Pemantauan dan peningkatan pengurusan pentadbiran .
-Peningkatan berterusan dalam pencapaian akademik.
-Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.
-Pembentukan sahsiah dan modal insan yang terpuji.
-Mengekalkan anugerah sekolah ceria di daerah Raub.


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini diasaskan pada bulan April 1962 dengan nama Sekolah Menengah Pelajaran Lanjutan Raub dan beroperasi pada sesi petang.

Pada tahun 1965, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menegah Rendah Jenis Kebangsaan Raub apabila sekolah ini mendapat bangunannya sendiri di Jalan Cheroh, Raub.Sekolah ini dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Bin Hussain pada 25 Julai1966 dan diberi nama Sekolah Menengah Dato' Shahbandar Hussain, Raub sempena nama ayahanda beliau.


Pembangunan fizikal sekolah ini sentiasa berkembang sejak tahun 1971 hingga kini. Pada tahun 1999 telah pun siap satu blok bangunan yang baru mengandungi 12 bilik darjah dengan tiga buah makmal sains tulen dan satu blok bengkel Kemahiran Hidup.


FALSAFAH SEKOLAH


"Pelajar sebagai penyambung warisan bangsa yang mempunyai potensi untuk berkembang maju mesti dididik dengan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni agar menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara."

Mengikut falsafah sekolah ini adalah menjadi inspirasi sekolah ini bahawa pelajar-pelajar sekolah ini merupakan individu-individu yang akan meneruskan kelangsungan warisan negara kita.

Adalah diharapkan juga mereka akan menjadi individu-individu yang boleh menyambung kepada sekolah ini,masyarakat dan negara.

Oleh itu,mereka yang dianggap mempunyai potensi untuk diserlahkan ke tahap maksima mestilah mempunyai potensi untuk dididik dengan ilmu pengetahuan serta nilai-nilai murni berasaskan hasrat dan matlamat pendidikan negara kita.

PENGETUA SEKOLAH 


1. En.Gurmukh Singh Jassal                         
    1962-1969
 2.En.Subramaniam A/L Raman
   1970-1979
3.En.Padmanaphan Nair
   1980-1981
4.En.Chang Kong Meng
   1982-1989
5.En.Hung Siew Luk
   1984-1989
6.En.Harun bin Abdul Mo' min
   1989-1991
7.Pn.Hjh Aynon bt Jaafar
   1992-1997
8.Pn.Hjh Siti Riah bt Abd Majid
   1998-1999
9.En.Ahmad Fuad bin Alang 
   1999-2001
10.En.Mohad Isa bin Abd Ghani
     2001-2005
11.Pn.Hjh Aynon bt Jaafar,AAP
     2005-2006
12.En.Sahbudin bin Harun,AMP
     2006-Jan 2011
13.En.Luqman Yatimi bin Ahmad
     Jan 2011-




Pink Pencil