SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI :)

Info kaunseling :)


VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.


MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak 
  mulia.
Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan
  dan kaunseling.
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.


FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


KOD ETIKA GBKSM / GBSM
-GBKSM / GBSM hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
-GBKSM / GBSM hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesion.
-GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
-GBKSM / GBSM hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.
-GBKSM / GBSM hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM
-GBKSM / GBSM bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.
-GBKSM / GBSM hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.
-GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.
-GBKSM / GBSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.
-GBKSM / GBSM hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab  terhadap tingkahlakunya.
-GBKSM / GBSM hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP RAKAN PROFESIONAL
-GBKSM / GBSM hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.
-GBKSM / GBSM hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.
-GBKSM / GBSM bertanggungjawab mengingatkan rakan profesionalnya mengamalkan nilai-nilai dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya.
-GBKSM / GBSM hendaklah bersedia membantu rakan profesional yang teraniaya.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP 
MASYARAKAT.
-GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat.
-GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM ORGANISASI DAN
MAJIKAN.
-GBKSM / GBSM hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan, keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
-GBKSM /GBSM hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalismenya.
-GBKSM / GBSM hendaklah mewujudkan hubungan interpesonal dengan ahli-ahli dalam organisasi.


SENARAI TUGAS GURU DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)
-Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
-Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.
-Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan iventori pelajar.
-Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
-Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
-Merancang, melaksanakan, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
-Merancang, melaksanakan, mengawalselia aktivitikemahiran belajar untuk semua pelajar.
-Merancang, melaksanakan, mengawalselia seerta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
-Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
-Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
-Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
-Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
-Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
-Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
-Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
-Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 
-Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
-Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
-Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
-Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah.
-Menjadi Penyelaras dalam program mento-mentee sekolah.
-Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
-Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.
-Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
-Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.


BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:
-Akademik
-Kerjaya
-Psikososial Kesejahteraan Mental
-Keibubapaan
-Pembangunan Diri
-Pendidikan Pencegahan Dadah/Rokok/Inhalan dan HIV/AIDS
-Pengurusan dan Pentadbiran
-Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling































-



Pink Pencil