SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI :)

Thursday 23 February 2012

cara membaca

Tujuan :-

- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan atau pelajaran kita itu.
- Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.

Pemahaman:-
- Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
  • Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
  • Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan.
  • Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).

Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
  • Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
  • Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
  • Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
  • Seronok dan aktif di kelas.
  • Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
  • Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti.
  • Mengalak anda meluaskan lagi bacaan anda.

Cara Membaca:
  • Menggaris
  • Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
  • Meneliti rajah-rajah
  • Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
  • Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
  • Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
  • Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.

Ringkasan :

  1. Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
  2. Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
  3. Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
  4. Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).

Monday 30 January 2012

hadapi masalah dengan bijak

 1.Sandarkan Harapan Pada Allah
 Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Monday 9 January 2012

Kemahiran & Teknik Menghafal

Apabila ditanya tentang cara menghafal, pelajar akan terbayangkan nota-nota yang dipenuhi tulisan yang perlu dihafal. Memang susah hendak menghafal, terutamanya jika tulisan-tulisan itu semua sukar untuk dibaca. Ini membuatkan pelajar rasa tidak bersemangat untuk menghafal.

Adakah memang sukar untuk menghafal? Mungkin�. mungkin sukar jika anda tidak tahu caranya yang betul.Dulu, saya selalu terfikir bahawa, orang yang mudah untuk menghafal sesuatu adalah seseorang yang sangat bijak berbanding dengan orang lain. Beliau pasti mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi dan juga sudah sedia ada bijak sejak beliau dilahirkan. Jadi, saya sentiasa merasa rendah diri apabila saya membandingkan diri saya dengan seseorang yang mudah menghafal ini.

Namun, setelah saya menghadiri beberapa kursus dan membaca beberapa buku tentang teknik menghafal, saya dapati, semua orang mempunyai kebolehan untuk menghafal.

Jadi, sebagai permulaan, anda perlu tahu, manusia tidak mempunyai memori yang lemah. Mungkin selama ini anda sering menghadapi kesukaran untuk menghafal lalu anda fikir anda mempunyai memori yang lemah. Malah ada juga orang disekeliling anda yang melabelkan anda sebagai lemah ingatan. Mereka itu mungkin masih belum terdedah kepada fakta-fakta tentang kehebatan manusia ciptaan tuhan. Tetapi, kalau daya ingatan kita tidak lemah, mengapa terlalu sukar untuk kita menghafal sesuatu?
Pakar Memori Amerika Syarikat
Lihat dan cuba fahami kata-kata Mr. Kevin Trudeau, �I didn�t have learning disability, I just had an untrained memory� (Saya bukan lemah dalam belajar/menghafal, saya cuma mempunyai daya ingatan yang tidak dilatih).
Kevin adalah pengasas bagi American Memory Insitute di Amerika Syarikat. Institut ini mengajar pelajarnya cara-cara menggunakan sepenuh kebolehan daya ingatan manusia bukan sahaja untuk keperluan belajar atau pekerjaan, malah untuk kegunaan harian. Namun Kevin pada zaman kanak-kanaknya adalah dianggap sebagai seorang pelajar yang sangat lemah, hinggakan beliau hampir-hampir dilabelkan sebagai pelajar yang mempunyai IQ di bawah paras normal. Beliau bekerja keras untuk mencari jalan bagaimana beliau boleh menggunakan potensi sebenar beliau. Akhirnya, beliau menemui rahsia menggunakan sepenuh potensi daya ingatan dan kini, beliau terkenal di serata United States sebagai �Pakar� dalam bidang daya ingatan.

Satu contoh betapa hebatnya Kevin ini, beliau pernah menghadiri satu majlis yang dihadiri oleh lebih dari 50� orang. Apabila Kevin berkenalan dengan orang baru, Kevin akan bertanyakan nama penuh orang-orang tersebut. Di akhir majlis tersebut, Kevin mampu bersalam dengan semua orang yang berkenalan dengannya tadi dan menyebut nama penuh masing-masing.Untuk menghafal, anda perlu tahu satu perkara asas. Apakah bahasa memori kita? Bahasa Melayu? Bahasa Inggeris? Bahasa Cina? Atau bahasa India? Untuk mengetahuinya, jawab soalan ini.
Jika saya sebut perkataan kucing, apakah yang terbayang difikiran anda? Adakah perkataan K.U.C.I.N.G. ? Atau gambar seekor kucing?

Tentu gambar seekor kucing bukan?

Maksudnya, bahasa otak kita adalah �gambar�. Disebabkan itu, kita lebih mudah mengingat gambar dari perkara lain seperti tulisan. Jadi, jika anda merasa sukar untuk menghafal, jangan risau. Bukan anda memiliki daya pemikiran yang lemah, tetapi, anda mungkin selama ini cuba menghafal tulisan, bukan gambar

Sunday 25 December 2011

Semangat Hidup

Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat Anda untuk membina hidup yang baru. Semua apa yang berlaku di masa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.
Paling penting, jangan selalu toleh ke belakang lagi, kerana ia akan ‘menahan’ Anda dari terus bergerak maju ke depan. Sebab tiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak Anda.
Kesannya, motivasi Anda menurun dan mood Anda berubah tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk ke dalam minda Anda dan kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tak bernyawa.
Allah sayang pada hamba-hambanya. Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu.
Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin Anda, dia sentias mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namanya dalam doa-doa Anda adalah perkara terbaik untuk dilalukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati Anda.
Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, Anda juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi Anda sendiri untuk mencapai semua itu.
Senaraikan 4 perkara yang Anda mahu capai dalam hidup, sebab apa Anda mahu mencapainya dan apa makna 4 perkara tersebut pada diri Anda.
Di saat Anda tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri Anda merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, tapi bila dah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!

Saturday 10 December 2011

sabar itu separuh dari iman

قال الله تعالى : { ((آل عمران : 200 ) وقال تعالى {ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص
من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين} (( البقرة : 155 )) وقال تعالى : }إنما يوفى
الصابرون أجرهم بغير حساب{ ((الزمر: 10 )) وقال تعالى: }ولمن صبر وغفر إن ذلك لمن عزم
الأمور{ ((الشورى : 43 )) وقال تعالى: }استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين{ ((محمد
31 )) والآيات في الأمر بالصبر وبيان فضله كثيرة معروفة. :


Allah Ta'ala berfirman:
"Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu." 
(ali-lmran:200)


Allah Ta'ala berfirman pula:
"Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan,
ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)


Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada
hitungannya - kerana amat banyaknya." (az-Zumar: 10)
Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu niscayalah
termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh." (as-Syura: 43)


Allah Ta'ala berfirman pula:
"Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 153)


Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui
siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang
bersabar." (Muhammad: 31)

Wednesday 23 November 2011

Awal Muharram 1433 H

1 Muharram 1433 H pada tahun ini jatuh pada hari Ahad bersamaan 27 November 2011. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatan bulan ini. 

Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."


Doa Awal Tahun


Maksudnya :
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."

Untuk makluman, bagi mereka yang ingin berdoa bersama-sama bolehlah datang ke Masjid Sultan Abu Bakar, Raub (Masjid atas bukit) pada 26.11.2011 (Sabtu) bermula pukul 6:50 petang dimulai dengan doa akhir tahun dan diikuti doa awal tahun selepas azan Maghrib Insya-Allah ...



Monday 21 November 2011

nilai kehidupan

hidup perlu diteruskan walaupun mempunyai masalah yang teruk.


1. Hargai Diri Sendiri

Jika anda sentiasa berfikir, "Kalaulah saya lebih kurus, kaya atau cantik", anda sebenarnya telah melemahkan semangat sendiri. Betul anda ingin kelihatan lebih menarik tetapi semua itu hanya akan berjaya jika anda menghargai apa yang anda miliki. Selain itu anda juga akan berfikir, "Saya akan lebih gembira jika... ", akhirnya anda akan menjalani hidup tanpa kesudahan. Daripada berfikir yang bukan-bukan, lebih baik berfikir apa yang anda miliki dalam hidup ini dan perkara-perkara yang boleh kenyataan untuk anda. Lakukanlah aktiviti yang boleh menggembirakan anda seperti berkenalan, mencuba sesuatu yang baru dan menarik atau menyertai kelab sukan. Siapa tahu, akan merubah hidup anda! 

2. Ambil Risiko

Berapa kerap anda mendengar ada orang yang benar-benar inginkan sesuatu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk mencapainya. Sebenarnya kita perlu mengambil risiko untuk mendapat apa yang kita ingini. 

3. Berkomunikasi

Kebanyakan tekanan yang kita hadapi berpunca dari hubungan kita dengan orang lain. Oleh sebab itu adalah penting untuk berkomunikasi secara terbuka. Jadi jika ibu anda membuatkan anda berasa bengang, cuba berfikir dari sudut pandangannya. Kamu mungkin akan rasa terkejut dengan apa yang telah kamu lakukan. Apabila teman kamu mengutuk, meniru atau merampas teman lelaki anda, ketahuilah dia berbuat demikian kerana merasakan anda terlalu hebat. Apapun masalahnya, cubalah anda berbincang dengannya dan dengarlah pandangan orang lain! Ingatlah, sekiranya anda gagal berkomunikasi, anda tidak akan dapat menjalinkan hubungan dengan sesiapa. 

4. Usaha Lebih

Jangan lupa, andalah yang menentukan hala hidup anda. Betul, bukan mudah untuk mengawal perasaan tetapi anda mesti sentiasa berfikiran positif. Beritahu diri bahawa anda perlu bergembira dan ia merupakan satu permulaan yang baik. Ada orang suka menulis (mungkin: "Saya akan berasa lebih baik setiap hari") untuk mengingatkan diri mereka sendiri. Tuliskan ia di cermin anda, katakannya pada diri anda setiap hari dan fikirkannya, merupakan beberapa cara untuk membuatkan anda lebih bersungguh-sungguh. Sekiranya sebelum ini anda asyik memikirkan "Saya tak boleh" atau "Kehidupan sungguh membosankan", ubahlah kepada "Saya boleh" atau "Kehidupan itu sungguh indah". Percayalah, ia akan menjadi kenyataan. 

5. Jangan Putus Asa

Panduan di atas tidak mengatakan anda akan dapat semua yang anda hajati. Memanglah indah jika ia terjadi tetapi tidak siapa boleh menjanjikannya apa yang bakal berlaku dan kita miliki pada masa hadapan. Apa yang penting, jangan sesekali putus asa. Sekiranya anda menghadapi masalah, ingatlah ia tidak akan selamanya. Tak apa, jika sekali kita kecewa atau gagal, jangan sampai ia membebankan kita.
Pink Pencil