hidup perlu diteruskan walaupun mempunyai masalah yang teruk.
1. Hargai Diri Sendiri
Jika anda sentiasa berfikir, "Kalaulah saya lebih kurus, kaya atau cantik", anda sebenarnya telah melemahkan semangat sendiri. Betul anda ingin kelihatan lebih menarik tetapi semua itu hanya akan berjaya jika anda menghargai apa yang anda miliki. Selain itu anda juga akan berfikir, "Saya akan lebih gembira jika... ", akhirnya anda akan menjalani hidup tanpa kesudahan. Daripada berfikir yang bukan-bukan, lebih baik berfikir apa yang anda miliki dalam hidup ini dan perkara-perkara yang boleh kenyataan untuk anda. Lakukanlah aktiviti yang boleh menggembirakan anda seperti berkenalan, mencuba sesuatu yang baru dan menarik atau menyertai kelab sukan. Siapa tahu, akan merubah hidup anda!
2. Ambil Risiko
Berapa kerap anda mendengar ada orang yang benar-benar inginkan sesuatu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk mencapainya. Sebenarnya kita perlu mengambil risiko untuk mendapat apa yang kita ingini.
3. Berkomunikasi
Kebanyakan tekanan yang kita hadapi berpunca dari hubungan kita dengan orang lain. Oleh sebab itu adalah penting untuk berkomunikasi secara terbuka. Jadi jika ibu anda membuatkan anda berasa bengang, cuba berfikir dari sudut pandangannya. Kamu mungkin akan rasa terkejut dengan apa yang telah kamu lakukan. Apabila teman kamu mengutuk, meniru atau merampas teman lelaki anda, ketahuilah dia berbuat demikian kerana merasakan anda terlalu hebat. Apapun masalahnya, cubalah anda berbincang dengannya dan dengarlah pandangan orang lain! Ingatlah, sekiranya anda gagal berkomunikasi, anda tidak akan dapat menjalinkan hubungan dengan sesiapa.
4. Usaha Lebih
Jangan lupa, andalah yang menentukan hala hidup anda. Betul, bukan mudah untuk mengawal perasaan tetapi anda mesti sentiasa berfikiran positif. Beritahu diri bahawa anda perlu bergembira dan ia merupakan satu permulaan yang baik. Ada orang suka menulis (mungkin: "Saya akan berasa lebih baik setiap hari") untuk mengingatkan diri mereka sendiri. Tuliskan ia di cermin anda, katakannya pada diri anda setiap hari dan fikirkannya, merupakan beberapa cara untuk membuatkan anda lebih bersungguh-sungguh. Sekiranya sebelum ini anda asyik memikirkan "Saya tak boleh" atau "Kehidupan sungguh membosankan", ubahlah kepada "Saya boleh" atau "Kehidupan itu sungguh indah". Percayalah, ia akan menjadi kenyataan.
5. Jangan Putus Asa
Panduan di atas tidak mengatakan anda akan dapat semua yang anda hajati. Memanglah indah jika ia terjadi tetapi tidak siapa boleh menjanjikannya apa yang bakal berlaku dan kita miliki pada masa hadapan. Apa yang penting, jangan sesekali putus asa. Sekiranya anda menghadapi masalah, ingatlah ia tidak akan selamanya. Tak apa, jika sekali kita kecewa atau gagal, jangan sampai ia membebankan kita.
No comments:
Post a Comment