Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Pertamanya ayahanda mengucapkan tahniah syabas kepada jawatankuasa pengerak yang bertungkus-lumus menyediakan blog Bimbingan dan kaunseling ini.Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada ayahanda untuk menitipkan sepatah dua kata disini.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat membantu mewujudkan persekitaran yang baru disekolah.Penggunaan blog untuk mendekati pelajar adalah satu langkah yang sangat baik dalam kecanggihan teknologi semasa hari ini.Dengan menyediakan blog ini kita tidaklah terlalu lewat menuruti jejak dan langkah sekolah-sekolah yang terbilang di negara kita.Semoga kita akan terus mencapai kecemerlangan.
Anak didik yang dikasihi sekalian ,
Bersainglah secara sihat dalam dunia tanpa sempadan.Pergunakanlah sepenuhnya kecanggihan teknologi siber ini untuk anakanda mendapatkan sebanyak mungkin input berguna yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pilihan ada di tangan anakanda untuk mengakses pelbagai maklumat.Namun ayahanda yakin dengan ilmu dan akal yang Allah kurniakan anakanda bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Akhirnya sekalung tahniah juga kepada guru kaunseling sekolah yang membantu menyediakan blog ini
"Shahbandar Milik Kita Bersama"

Nama Diberi : Lukman Yatimi bin Ahmad
Jantina : Lelaki
Keturunan : Melayu
Tarikh Lahir : 21 Okt 1962
Agama : Islam
Tempat Lahir : Selangor
Kelayakan : -Ijazah Sarjana Muda ( Geografi ) UM-1985
-Ijazah Sarjana Lanjutan
-Kursus Pengurusan Pengetua UM-2011
Mula Berkhidmat di SMKDSH : 01.01.2011
Alamat Kediaman : Lot 7279, Lorong Sempam 10, Kg Sempam Baru