SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI :)

bicara PPDa :)

Assalamu'alaikum wrth. wbrth.

Terasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan. Saya menghormati pandangan saudara-saudara kita samada yang mengatakan merokok itu haram ataupun makruh. Cuma di sini saya ingin mengajak saudara-saudara kita yang masih merokok supaya menyelami hakikat daripada perbuatan kita yang telah ketagih rokok sekian lama. Terus terang saya membuat pengakuan
saya dahulupun seorang perokok yang agak kuat juga - sehari paling kurang dua kotak. Saya mula merokok dari umur 15 tahun hingga 23 tahun. Namun alhamdulillah setelah mendapat kesedaran dan kefahaman Islam melalui proses tarbiah Islamiah yang jelas dalam tempoh tidak sampai 6 bulan saya telah berjaya membuang tabiat merokok yang sangat merugikan itu. Saya akui bukan senang nak membuang tabiat ini tetapi untuk melawan tabiat ini apa yang saya lakukan setiap hari ialah:

1. Saya berkata-kata dengan rokok tersebut, apakah kebaikan yang telah engkau berikan kepadaku? Rokok menjawab(nafsu saya) = Dapat kepuasan, ilham, rasa tenang (kononnya).
Tapi yang jelas saya mendapati duit saya habis dengan sia-sia, kesihatan terjejas, gigi banyak yang rosak, mulut berbau dan dipandang serong pula oleh orang yang tidak merokok.  Sehari demi sehari saya merasakan alangkah baiknya jika wang (rezeki yang Allah berikan) itu saya gunakan untuk benda-benda yang berfaedah. Mulai dengan mengurangkan menghisap daripada 2 kotak kepada 1 kotak sehari, kemudian berjaya kurangkan lagi dengan membeli kotak kecil sahaja. Akhirnya cuba hisap hanya selepas makan sahaja. Kemudian saya cuba hisap sorok-sorok macam baru-baru belajar hisap rokok ketika berusia 15 tahun. Saya hanya hisap ketika
berada dalam bilik air, waktu nak buang air besar. Dalam pada itu saya renungkan juga kata-kata nasehat dari beberapa orang sahabat antaranya ada yang berkata. "Kalau nak berhenti hisap rokok kenalah rasa bahawa kita lebih hebat daripada rokok, kalau dengan rokok pun kita dah kalah, di manakah letaknya kehebatan kita sebagai manusia ? Kita kata kita nak berjihad di jalan Allah dan ada sesetengah sahabat kita itu boleh bermujahadah keluar 3 hari dalam seminggu, 1 bulan ataupun 40 hari meninggalkan anak-isteri untuk keluar berdakwah dan bermujahadah. Tapi
sedih sekali anak-isteri boleh tinggal, rokok tak boleh tinggal. Maknanya kita tewas dengan rokok, fikiran dan perasaan kita dikuasai oleh rokok, kita bergantung kepada rokok untuk menceriakan kehidupan harian kita. Di mana yang kita mengatakan Allahus Samad (Allah tempat kita bergantung) ???

2. Saya berfikir, melihat dan mendapati kebanyakan syarikat-syarikat pengeluar rokok seperti Dunhill, Saleem, Malboro, Benson & Hedges dsb. inilah syarikat yang banyak menaja rancangan-rancangan yang merosakkan dan melalaikan umat manusia dari mengingati Allah terutama generasai Islam sekarang ini. Syarikat ini sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menaja program-program hiburan seperti Saleem Cool Planet, Bola Sepak Dunhill dll. yang pada pandangan saya memang  mendapat sambutan hangat daripada kalangan generasi muda masakini terutama orang-orang melayu yang beragama Islam. Secara halus sebenarnya mereka telah berjaya menyesatkan umat Islam daripada landasan syarak dan tanpa disedari saya
merupakan salah seorang penyumbang dan pemberi saham kepada tujuan tersebut bila mana saya masih terus merokok. Bila kita membeli rokok, syarikat yang menjual rokok mendapat keuntongan dan daripada keuntongan tersebutlah mereka menaja program-program hiburan yang melalaikan sehingga akhirnya menjerumuskan anak-anak muda kita ke lembah maksiat. Daripada kefahaman seperti inilah saya  mendapat kekuatan untuk terus meninggalkan tabiat membeli dan menghisap rokok kerana saya merasa sangat malu dan tidak mahu menjadi seorang  Islam yang membantu orang kafir untuk menjahanamkan umat Islam yang lain.

Akhir sekali kepada yang masih merokok, jihad anda sekarang ialah berhenti merokok, kalau ini tak mampu anda lakukan jangan harap anda boleh lakukan perkara-perkara yang lebih besar lagi yang dituntut oleh Islam. Mungkin ada yang takut pada kesan-kesan sampingan bila nak
berhenti merokok tapi percayalah takutkan azab Allah itu adalah lebih utama. Mahukah anda disenaraikan sebagai salah seorang pemberi saham kepada kerja-kerja yang merosakkan umat Islam?? Jangan membazirkan rezeki yang Allah berikan untuk tujuan yang rendah dan hina. Katakan kepada diri anda saya akan berhenti merokok, saya mesti berhenti merokok dan saya wajib berhenti merokok.  Semoga Allah memberi pertolongan dan kekuatan kepada saudaraku sebagaimana Dia telah memberi pertolongan dan kekuatan kepadaku sebelum ini dalam menghentikan tabiat merokok yang sungguh sia-sia ini.

Yang benar dari Allah dan yang salah dan silap daripada saya sendiri. Mohon keamponan dari Allah dan kemaafan daripada saudaraku semua.
Wallahu a'lam, wabillahi taufiq, wassalamu 'alaikum wrth.




PENCEGAHAN DADAH DIKALANGAN REMAJA


Siapa itu 'remaja' ?
-Ahli Psikologi Perkembangan Manusia mentakrifkan bahawa REMAJA ITU ADALAH SESEORANG INDIVIDU YANG BERUMUR DI ANTARA 12 HINGGA 21 TAHUN.

Usia remja dibahagikan kepada tiga peringkat 
-Zaman awal remaja (umur 12-15 tahun)
-Zaman pertengahan remaja (umur 16-18 tahun)
-Zaman akhir remaja (umur 19-21 tahun)

Apakah yang berlaku diusia remaja ?
-Merupakan zaman peralihan dalam kanak-kanak ke alam remaja 
-Berada pada era eksplorasi , suka mencuba sesuatu yang baru 
-mempunyai daya imaginasi yang cukup tinggi.
-Berada dalam suasana gundah gulana
-mencari-cari identiti diri dan idola untuk dijadikan model diri

Mengapa ini semua terjadi ?
Ini adalah kerana pada usia ini remaja mengalami pelbagai perkembangan seperti 
-Perkembangan fizikal 
-Perkembangan emosi
-Perkembangan kognitif

Apakah kesan jika remaja gagal menghadapi segala perubahan ini ?
-Merendahkan matlamat 
-Membenci kegiatan yang positif
-Ingin menutup kegagalan
-Peljar menerima kegagalan sebagai hakikat 
-Menyalahkan orang lain sebagai punca hilang kepercayaan atau penghormatan kepada orang lebih tua 

Maka akan wujud pelbagai masalah remaja seperti 
-Lari dari rymah 
-Masalah bohsia atau bohjan 
-Melepak 
-Berkelakuan curang
-Salah laku juvana
-Penyalahgunaan Dadah
-Konflik diri dan keluarga 
-Hilang jati diri
-Runtuh amalan agama dan adat 
-Lemah dalam akademik

Bagaimana dengan penyalahgunaan dadah ?
Statistik menunjukkan bahawa
1. Bahagian Sekolah , kementerian Pendidikan Malaysia mengesan seramai 751 daripada 21,900  orang pelajar sekolah menengah mendapati positif urin semasa Program Ujian Urin dijalankan pada tahun 1999.
2. Jabatan Pendidikan Terengganu mendapati seramai 510 orang pelajar sekolah menengah di negeri ini positif dalam ujian di antara tahun 1990 hingga 2000 dan seramai 41 orang murid sekolah telah dikesan terlibat dengan pelbagai kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah samada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah.
3. Pada tahun 1999 seramai 954 orang murid sekolah menengah (lelaki atau perempuan) telah mengaku pernah mempunyai pengalaman dalam penggunaan dadah atau bahan racun berjadual samada dengan cara menelan / menghidu bahan-bahan dikelasifikasikan sebagai DADAH / PIL-PIL KHAYAL / INHALAN 

Bagaimana remaja boleh terlibat dengan dadah ?
-Perasaan ingin mencuba 
-Pengaruh rakan sebaya yang negatif
-Terlalu memuja kepada hiburan 
-Keluarga yang tidak bahagia
-Teraniaya 

Apakah hukum dadah dari aspek agama dan undang-undang negara ?
"HARAM!!"

Apakah jenis dadah yang memerangkap remaja ?
-Ganja 
-Syabu
-Pil khayal 
-Pil Ecstacy

Bahaya dadah
-Merosak akhlak
-Merosakkan kesihatan diri
-Melemahkan Ekonomi Negara
-Mengancam keselamatan agama , bangsa dan negara

Apakah kesudahan nasib orang yang menjadi penagih dadah ?
-Sekali kena amat sukar untuk pulih
-Tiada ubat mujarab
-Hidup melarat
-Gila
-Disisih oleh keluarga dan masyarakat 
-Mati dalam sengsara
-Menghidap penyakit AIDS

Bagaimana remaja boleh mengelakkan diri daripada perangkap dadah
-Menghayati ajaran agama 
-menunaikan kewajiban solat 
-Berakhlak mulia dan sayangi ibu bapa
-Memilikilah kekuatan ilmu dan minda
-Berkawan dengan rakan yang berwawasan
-Patuhilah undang-undang dan adat resam tempatan


Pink Pencil