Tujuan :-
- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan atau pelajaran kita itu.
- Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.
Pemahaman:-
- Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
- Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
- Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan.
- Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).
Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
- Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
- Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
- Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
- Seronok dan aktif di kelas.
- Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
- Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti.
- Mengalak anda meluaskan lagi bacaan anda.
Cara Membaca:
- Menggaris
- Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
- Meneliti rajah-rajah
- Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
- Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
- Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
- Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.
Ringkasan :
- Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
- Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
- Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
- Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).
No comments:
Post a Comment