SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI :)

Friday, 4 November 2011

Menyediakan jadual waktu tahunan.

Antara bahan utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu tahunan ialah takwim sekolah. Mintalah bantuan dari guru kanan sekolah, guru penasihat sekolah untuk mendapatkan takwim tahunan sekolah anda.
Tujuan menyediakan jadual waktu tahunan ialah untuk;
  • Menyedari dan mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang tahun. Ia boleh dijadikan untuk menentukan bila ada sukan , ujian, peperiksaan dan sebagainya. Bila aktiviti ini dapat ditentukan maka boleh anda membuat persediaan lebih awal.
  • Memperingati diri anda tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dihadapi dan dilakukan sepanjang tahun.
Persediaan membuat perancangan dan tindakan tahunan anda.
Cara menyediakan jadual waktu mingguan dan harian.
Bagi tujuan menyediakan jadual ini senaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu mingguan. Aktiviti tersebut mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Aktiviti itu termasuklah;
  • Senaraikan mata pelajaran sekolah yang anda akan pelajari untuk menghadapi peperiksaan.
  • Aktiviti ko-kurikulum yang akan anda jalani.
  • Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berihat, menolong keluarga dan sebagainya.
Dalam masa anda merancang untuk menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini adalah dicadangkan agar anda mengambil kira, iaitu;
  • Aktiviti yang dirancang untuk dilakukan sebelah petang mestilah mempunyai kaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelesaikan kerja rumah, menyemak nota yang baru diterima daripada pengajaran hari itu dan sebagainya.
  • Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok, seperti membuat persedian awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.
Tujuannya;
  • Membuat bacaan atau persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
  • Memahami cara kerja amali yang akan dilakukan.
  • Memahami pengajaran pada hari itu.
  • Menyelesaikan kerja rumah dan sebagainya.
  • Hari Sabtu dan Ahad (hujung minggu)
  • Masa untuk buat ulangkaji pelajaran yang telah dipelajari tahun lepas, semester lepas, minggu lepas, atau membuat latihan menjawab soalan peperiksaan lepas.

No comments:

Post a Comment

Pink Pencil